
KWSP berkata kaunter yang terlibat adalah di Kuantan, Pekan, Temerloh, Raub dan Jerantut.
“Dalam tempoh tersebut, ahli KWSP boleh berurus niaga secara dalam talian melalui i-Akaun untuk perkhidmatan terpilih atau menjadualkan semula lawatan mereka ke tarikh yang lain melalui kemudahan Janji Temu Online, jika ada keperluan untuk hadir ke pejabat KWSP secara langsung,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut KWSP ia mengambil langkah yang diperlukan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan pekerjanya dan orang ramai, sambil menambah semua cawangannya akan terus melaksanakan prosedur penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard lain dalam mengurangkan penyebaran pandemik Covid-19.
Ahli-ahli yang memerlukan penjelasan lebih lanjut boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my.