
Dadah jenis ganja dianggarkan seberat 149kg bernilai kira-kira RM373,000 itu dibawa menggunakan lori untuk mengangkut barangan keperluan harian dari utara ke Lembah Klang, pada 1 Feb lalu.
Timbalan Pengarah Narkotik Bukit Aman Kamarul Zaman Mamat berkata, empat warga tempatan dan seorang pemegang status penduduk tetap warga Kemboja, yang berusia antara 35 hingga 46 tahun, berjaya ditahan.
Difahamkan, dadah itu untuk diedar kepada 298,000 penagih di sekitar Lembah Klang dan selatan tanah air dengan kadar penggunaan 2g setiap individu.

Kamarul Zaman berkata, sindiket yang sudah beroperasi hampir enam bulan itu terbongkar selepas polis menerima maklumat orang awam.
“Hasil siasatan mendapati, suspek warga tempatan berusia 43 tahun mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
“Bagaimanapun, ujian air kencing dilakukan terhadap kedua-dua suspek negatif,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis kontinjen Selangor di Shah Alam.
Mengulas lanjut, beliau berkata dalam serbuan kedua di Seremban pada 6.30 pagi hari sama, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Katanya, suspek ketiga warga tempatan yang mempunyai lima rekod jenayah lampau pula ditahan di dalam kereta di Desa Seri Petaling Selangor pada jam 6.30 pagi.
Katanya, seorang lagi suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan dalam serbuan di Pantai Dalam pada jam 6.30 pagi.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah (RM373,460), wang tunai RM51,500 dan beberapa kenderaan (kereta dan motosikal) dianggarkan hampir RM900,000.
“Semua suspek termasuk ‘mastermind’ yang juga warga tempatan sudah direman antara tujuh hingga lapan hari bagi membantu siasatan mulai 1 Feb,” katanya.