2 polis antara 4 ditahan dalam siasatan ‘wang perlindungan’ RM500,000

2 polis antara 4 ditahan dalam siasatan ‘wang perlindungan’ RM500,000

Mereka disiasat SPRM berhubung rasuah berjumlah RM500,000 daripada sindiket dadah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesyaki sindiket dadah membayar untuk mendapatkan maklumat mengenai serbuan akan diadakan sejak beberapa tahun lalu.
GEORGE TOWN:
Empat lelaki termasuk dua anggota polis ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung “wang perlindungan” berjumlah RM500,000 daripada sindiket dadah di sini.

Sindiket itu dipercayai menerima wang untuk mendapat maklumat mengenai serbuan sejak beberapa tahun lalu.

Mahkamah Majistret membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat suspek berusia antara 23 hingga 43 tahun itu.

Difahamkan, seorang daripada suspek berpangkat asisten superintendan manakala seorang lagi lans koperal. Dua lagi suspek masing-masing pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan seorang ahli perniagaan.

Dua anggota polis dan pegawai MBPP terbabit direman dua hari bermula hari ini, manakala ahli perniagaan berkenaan direman empat hari.

Peguam K Kumaran dan Muniandy Vestanathan mewakili anggota dan pegawai MBPP terbabit, tetapi ahli perniagaan itu tidak diwakili peguam. Permohonan reman dibuat di depan penolong pendaftar Muhammad Azam Md Eusoff.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.