7 lagi kluster baharu, 5 babitkan tempat kerja

7 lagi kluster baharu, 5 babitkan tempat kerja

Tiga kluster baharu itu dikesan di Johor, dua di Selangor serta masing-masing satu di Kelantan dan Kuala Lumpur.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti tujuh lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan tiga negeri dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu lima
kluster baharu itu membabitkan tempat kerja serta masing-masing satu membabitkan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, tiga kluster baharu itu dikesan di Johor, dua di Selangor serta masing-masing satu di Kelantan dan Kuala Lumpur.

  • Kluster Desa Empat (Kuala Selangor) dengan 18 kes
  • Kluster Jalan Melati (Gombak) dengan tujuh kes
  • Kluster Jalan Kempas Tiga (Muar) dengan 344 kes
  • Kluster Kampung Sungai Burung (Pontian) dengan 22 kes
  • Kluster Jalan Wawasan 12 (Batu Pahat) dengan tujuh kes
  • Kluster Jalan Cempedak (Kepong) dengan 10 kes
  • Kluster Bukit Marak (Kota Bharu dan Bachok) dengan 66 kes

Hisham berkata, sebanyak 1,145 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 488 kluster aktif dan 82 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Pasir Barat, Kluster Sri Suria, Kluster Nilam Tiga, Kluster Persiaran Sabak, Kluster Tembok Kemus, Kluster Intan Delima, Kluster Pengerang Utara, Kluster Sungai Purun, Kluster Lapangan Siber, dan Kluster Bedayan.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Kempas Tiga (334 kes), Kluster Industri Sungai Gadut (128 kes), dan Kluster Tembok Tapah (80 kes),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.