
Berita duka itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, lapor akhbar Berita Harian.
“Berita kematian adik Afiq dimaklumkan kepada saya oleh bapa Allahyarham pagi tadi,” katanya.
Mohd Afiq Ikmal, 23, yang dirawat di Hospital Selayang, Selangor, sejak Februari lalu, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Menurut Hafizam, jenazah Afiq akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
Terdahulu, media melaporkan selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati, Afiq berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati.
Dia menjalani pembedahan ketika berusia 14 bulan, selepas Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.