12 daripada 14 kluster baharu babit tempat kerja

12 daripada 14 kluster baharu babit tempat kerja

Baki dua lagi kluster ialah kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

Terdapat 490 kluster aktif dengan 76 daripadanya melaporkan pertambahan kes hari ini.
PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan mengenal pasti 14 lagi kluster baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 daripadanya membabitkan tempat kerja dan masing-masing satu lagi ialah kumpulan berisiko tinggi serta komuniti.

Katanya, enam kluster baharu itu dikesan di Johor, lima di Selangor, dua di Pulau Pinang dan satu lagi di Negeri Sembilan.

  • Kluster Industri Subang (Petaling, Klang dan Kuala Selangor) dengan 47 kes
  • Kluster Lagenda Suria (Hulu Langat) dengan 31 kes
  • Kluster Jalan Bukit Tiga (Hulu Langat) dengan 14 kes
  • Kluster Jasmine Empat (Hulu Selangor) dengan 17 kes
  • Kluster Jalan Damansara (Petaling) dengan 11 kes
  • Kluster Tapak Bina Queens Waterfront (Barat Daya dan Timur Laut) 145 kes
  • Kluster Jalan Distripark B6 (Johor Bahru) dengan 25 kes
  • Kluster Batu 21 (Kulai dan Johor Bahru) dengan 15 kes
  • Kluster Persiaran Kempas Baru (Johor Bahru) dengan 27 kes
  • Kluster Jalan Kabel Gemilang (Johor Bahru) dengan 12 kes
  • Kluster Jalan Maju Satu (Johor Bahru) dengan 10 kes
  • Kluster Jalan Limau Manis (Kluang dan Johor Bahru) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Kebun Nenas (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dengan 94 kes
  • Kluster Tapak Bina Nilam Sari (Seremban) dengan 30 kes.

Hisham berkata, sebanyak 1,177 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 490 kluster aktif dan 76 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, 11 kluster yang tamat hari ini ialah Bukit Pasir, Tapak Bina Bukit Sebukor, Kampung Balibata, Jalan Usaha, Batu Enam, Persiaran Tanjung, Kampung Pahi, Jalan Seri, Taman Bahagia, Kampung Pulau Jawa dan Taman Amalina, ini menjadikan 687 kluster berakhir setakat ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Lorong Bakau (90 kes), Jalan Kebun Nenas (90 kes) dan Tapak Bina Queens Waterfront (87 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.