
Bekas EXCO ketika kerajaan PH, Paul Yong Choo Kiong, yang juga ADUN Tronoh dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam, sebelum ini bertindak keluar DAP pada Mac tahun lalu.
Mereka kemudian menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak ketika Ahmad Faizal Azumu menjadi menteri besar.
Penyertaan kedua-dua Adun berkenaan dalam PPBM disahkan oleh Setiausaha PPBM Perak, Zainol Fadzi Paharuddin.
“Kedua-dua mereka sudah pun menjadi Ahli Bersekutu PPBM sejak Dis lalu,” katanya ketika dihubungi FMT.
“Yong mendaftar sebagai ahli bersekutu bahagian Batu Gajah, manakala Sivasubramaniam ahli bersekutu Ipoh Barat.”
Sivasubramaniam pada Jun mengumumkan menyertai Gerakan. Penyertaan Sivasubramaniam ke dalam PPBM mengakibatkan Gerakan kini hilang wakil dalam DUN Perak.
Yong menjadi ADUN bebas selepas keluar DAP.