10 lagi kluster baharu Covid-19, masing-masing 5 tempat kerja dan komuniti

10 lagi kluster baharu Covid-19, masing-masing 5 tempat kerja dan komuniti

Kluster baharu itu dikesan di Sarawak, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengenal pasti 10 lagi kluster baharu Covid-19, dengan lima daripadanya berkaitan tempat kerja dan lima membabitkan komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Sarawak, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah.

  • Kluster Jalan Tempua (Hulu Selangor) dengan tujuh kes
  • Kluster Jalan Industri Dua (Gombak) dengan 18 kes
  • Kluster Jalan Kunci Air (Gombak dan Hulu Selangor) dengan 18 kes
  • Kluster Jalan Main Bazaar (Sri Aman) dengan 12 kes
  • Kluster Sena (Miri dan Subis) dengan 61 kes
  • Kluster Buloh Pasi (Maradong) dengan 21 kes
  • Kluster Jalan Pelepas Dua (Johor Bahru) dengan 12 kes
  • Kluster Lintang Bayan Lepas (Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan) dengan 59 kes
  • Kluster Jalan Laksamana (Manjung, Kuala Kangsar, Lembah Pantai, Kepong, Kota Belud, Bachok, Kuala Nerus, Timur Laut) dengan 23 kes
  • Kluster Ladang Bukit (Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kemaman) dengan 15 kes

Hisham berkata, sebanyak 1,232 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 440 kluster aktif dan 60 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Budiman, Kluster Jalan Harmonium, Kluster Batu 38, Kluster Taman Segar, Kluster Industri Bentong Sebelas, Kluster Jalan Pengkalan, Kluster Jalan Firma Tiga, Kluster Jalan Canggih, Kluster Tapak Bina Jalan Panah, dan Kluster Bintang Daily) menjadikan 792 kluster sudah berakhir sehingga kini.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Lintang Bayan Lepas (26 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (26 kes), dan Kluster Teknologi Emas (24 kes),”katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.