
Nga dan Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar berkongsi kedudukan tempat pertama, masing-masing mendapat 1,228 undi.
Calon Melayu tunggal dalam pemilihan itu, Abdul Aziz Bari, yang mendapat undi tertinggi pada 2018, kali ini di kedudukan ketiga tertinggi dengan 1,224 undi.
Seramai 1,731 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh itu.
Nga dipilih sebagai pengerusi DAP Perak pada Disember 2013, menggantikan sepupunya, Ngeh Koo Ham yang dilantik sebagai penasihat negeri parti itu.
Calon pasukan Nga memenangi semua tempat yang memperuntukkan 15 undi tertinggi bagi menganggotai jawatankuasa DAP negeri.
Pengumuman senarai jawatankuasa baharu itu dibuat Nga sendiri selepas mereka bermesyuarat sebaik saja keputusan pemilihan diperolehi.
Nga yang ditemui selepas itu bagaimanapun enggan mengulas dan hanya mengucapkan terima kasih kepada ahli yang menyokongnya.
Pasukan bekas menteri sumber manusia, M Kula Segaran, gagal mendapat sebarang tempat dalam pemilihan kali ini.
Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, DAP memenangi semua tujuh kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN yang ditandinginya di Perak.
Tetapi, parti itu kini hanya mempunyai 15 kerusi DUN di Perak selepas tiga ahlinya keluar parti dan dipecat kerana melanggar arahan parti.
Mereka ialah ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam yang menyertai PPBM Disember tahun lalu selepas keluar DAP, manakala ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng, menjadi wakil rakyat bebas selepas dipecat parti Januari lalu.
Berikut senarai ahli jawatankuasa DAP Perak bagi 2021.
Pengerusi
Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Teluk Intan/ADUN Aulong)
Timbalan Pengerusi
V Sivakumar (Ahli Parlimen Batu Gajah)
Naib Pengerusi
A Sivanesan (Adun Sungkai)
Naib Pengerusi
Abdul Aziz Bari (ADUN Tebing Tinggi)
Setiausaha
Wong Kah Woh (Ahli Parlimen Ipoh Timur)
Penolong setiausaha
Ong Boon Piow (ADUN Bercham)
Bendahari
Howard Lee Chuan How (ADUN Pasir Pinji)
Penolong Bendahari
Ko Chung Sen (ADUN Kepayang)
Setiausaha Organisasi
Teh Kok Lim (Ahli Parlimen Taiping)
Penolong Setiausaha Organisasi 1
Steven Chaw Kam Foon (ADUN Menglembu)
Penolong Setiausaha Organisasi 2
Woo Kar Leong
Setiausaha Publisiti
Chong Zhemin (ADUN Keranji)
Penolong Setiausaha Publisiti
Jenny Choy Tsi Jen (ADUN Canning)
Pengarah Pendidikan Politik
Loh Sze Yee (ADUN Jalong)
Penasihat
Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen Beruas)
Ahli Jawatankuasa
Wong May Ing (ADUN Pantai Remis)
Cheah Pou Hian (ADUN Jelapang)
Ahli Jawatankuasa Lantikan
Woo Kar Leong
Ong Seng Guan
Teoh Yee Cherng
Nga Hock Cheh
Jenny Choy Tsi Jen