Kongres Kebangsaan DAP bakal berlangsung 20 Jun

Kongres Kebangsaan DAP bakal berlangsung 20 Jun

Kongres akan diadakan di tiga lokasi secara serentak iaitu Shah Alam, Selangor; Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Kongres berkenaan akan diadakan di tiga lokasi secara serentak, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaann DAP Loke Siew Fook.
KUALA LUMPUR:
Kongres Kebangsaan DAP akan diadakan pada 20 Jun, kata setiausaha organisasi kebangsaan parti, Loke Siew Fook.

Loke dalam kenyataan berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang berlangsung semalam.

Kongres berkenaan akan diadakan di tiga lokasi secara serentak iaitu Shah Alam, Selangor; Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak), kata Loke.

“Ini bertujuan memudahkan perwakilan dari Sabah dan Sarawak menghadiri Kongres di negeri masing-masing.

“Selaras dengan kehendak perlembagaan parti, notis rasmi berkenaan kongres akan dihantar kepada semua cawangan parti 10 minggu sebelum tarikh kongres. Segala proses penamaan calon untuk pemilihan ke CEC akan diadakan semula,” kata beliau.

Menurut beliau, ibu pejabat DAP juga akan melantik sebuah syarikat audit bebas untuk mengendalikan proses pemilihan pada hari kongres itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.