1,294 kes baharu Covid-19, Selangor kekal catat jumlah tertinggi

1,294 kes baharu Covid-19, Selangor kekal catat jumlah tertinggi

Sebanyak 455 kes dicatatkan di Selangor, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

PETALING JAYA:
Sebanyak 1,294 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, manakala 1,442 pesakit pulih.

Selain itu, lima kematian dicatatkan, kesemuanya melibatkan warganegara berusia 37 hingga 84 tahun yang memiliki latar belakang penyakit lain, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Ini menjadikan 332,443 kes pulih secara kumulatif daripada keseluruhan 347,972 kes Covid-19 dengan 1,283 kematian direkodkan setakat ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 14,246 kes aktif, dengan 168 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 78 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kes-kes baharu melibatkan 26 kes import dan 1,268 jangkitan tempatan yang terdiri daripada 887 warganegara dan 371 warga asing.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 455 kes, diikuti Sarawak dengan 217 kes serta Pulau Pinang (139) dan Johor (103).

Sementara itu, Kuala Lumpur mencatatkan 88 kes, manakala Kelantan (66), Sabah (63), Pahang (57), Negeri Sembilan (31), Melaka (22), Kedah (21), Perak (14), Terengganu (8), Putrajaya (5), Labuan (4) dan hanya satu kes di Perlis.

Secara keseluruhan, Selangor sehingga kini mencatatkan bilangan kes tertinggi dengan 116,770 kes, diikuti Sabah (54,916) dan Johor (41,523).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.