Kenyataan Puad ‘menghancurkan’ setia kawan BN, kata MCA

Kenyataan Puad ‘menghancurkan’ setia kawan BN, kata MCA

Ia berikutan kenyataan Puad Zarkashi yang berpesan kepada MCA jangan gopoh mencari 'rakan pergantungan' baharu, selepas MIC mengumumkan akan terus menyokong kerajaan PN.

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berkata, Umno perlu mendisplinkan pemimpinnya supaya tidak terus merosakkan hubungan baik dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Selepas MIC, pemimpin MCA pula menegur “nasihat” Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, berhubung kerjasama politik dengan pihak selain Barisan Nasional.

Setiausaha Agungnya, Chong Sin Woon berkata, kenyataan oleh Puad dan pemimpin tertentu Umno menghancurkan setia kawan antara parti komponen BN.

“Kepimpinan Umno perlu mengambil tindakan untuk mendisiplinkan sesetengah pemimpin mereka supaya tidak terus merosakkan hubungan baik (parti komponen BN),” katanya kepada FMT.

Chong mengulas kenyataan Puad menggesa MCA jangan gopoh mencari “rakan pergantungan” baharu, selepas sekutu BN, MIC, baru-baru ini mengumumkan akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Presiden MIC, SA Vigneswaran, bagaimanapun berkata sokongan itu tertakluk kepada “perkembangan baharu” dalam BN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.