Pendakwa raya beritahu mahkamah, kerajaan AS sedar Goldman Sachs hapus data telefon bimbit Leissner

Pendakwa raya beritahu mahkamah, kerajaan AS sedar Goldman Sachs hapus data telefon bimbit Leissner

Bank yang menjadi tumpuan dalam skandal 1MDB belum menyerahkan alat peranti yang digunakan Tim Leissner, kata pendakwa raya.

Bekas pegawai bank, Tim Leissner merupakan ketua Goldman Sachs Asia Tenggara. (Gambar Bloomberg)
PETALING JAYA:
Kerajaan AS dipercayai selama empat tahun menyedari bahawa bank pelaburan Goldman Sachs memiliki empat telefon bimbit yang digunakan bekas eksekutifnya, Tim Leissner.

Namun, tiada sebarang tindakan untuk merampas alat peranti berkenaan diambil biarpun selepas mengetahui bank pelaburan tersebut telah “menghapuskan” data dua alat peranti jenama Blackberry yang digunakan Leissner atas tujuan kerja pada 19 Jan 2016, hari yang sama ketika dia tersebut memulangkan alat peranti itu kepada majikannya.

Pendedahan mengejutkan itu dikemukakan pendakwa raya kepada Hakim Margot K Brodie dari Mahkamah Daerah Timur New York, terhadap seorang rakyat Malaysia, Roger Ng Kok Wah, yang menghadapi pertuduhan bersabit dana 1MDB di AS.

Bekas eksekutif Goldman Sachs itu berdepan tuduhan jenayah kerana dipercayai berkonspirasi mengubah berbilion dollar AS dana 1MDB, serta melakukan suapan yang dianggarkan bernilai jutaan dolar AS.

Selain itu, pendakwa raya turut memaklumkan kepada Brodie, Goldman Sachs juga telah menjaga dua telefon bimbit peribadi jenis iPhone milik Leissner, yang kini disimpan di pejabat di Hong Kong.

Menurut penasihat undang-undang kerajaan AS, Goldman Sachs enggan menyerahkan telefon bimbit berkenaan kerana ianya dibimbangi melanggar undang-undang di Hong Kong.

Leisner, Ng, serta ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, menjadi tumpuan dalam skandal 1MDB, yang telah mengakibatkan kerugian berbilion dolar AS.

Leissner,yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs di Asia Tenggara, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikemukakan kerajaan AS, termasuk bersekongkol melakukan pengubahan wang.

Dalam dokumen mahkamah, beliau mengakui telah menyalur keluar lebih USD200 juta dari dana 1MDB ke satu akaun yang dikawal beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.