
Menteri Besarnya, Aminuddin Harun berkata, kawasan itu sebahagian besar melibatkan perkampungan Orang Asli.
Susulan itu, katanya, pegawai daerah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diarah mengambil tindakan segera bagi memastikan rakyat di kawasan itu mendaftar untuk suntikan vaksin.
“Kami juga sudah maklumkan Orang Asli untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa) untuk menubuhkan pasukan bergerak bagi memudahkan urusan pendaftaran dan penerimaan vaksin bagi kumpulan Orang Asli,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.
Setakat ini, beliau berkata, seramai 361,085 individu atau 42.5% daripada rakyat negeri itu sudah mendaftar untuk vaksin Covid-19 dan mereka yang terlibat diingatkan mematuhi janji temu ditetapkan.
Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula 19 April ini melibatkan golongan berisiko seperti warga emas, individu mempunyai sejarah penyakit (komorbiditi) dan orang kelainan upaya.