Lelaki maut jatuh tingkat 3 Suria KLCC

Lelaki maut jatuh tingkat 3 Suria KLCC

Tersebar beberapa gambar dan video di media sosial memaparkan seorang lelaki terbaring di aras bawah pusat beli-belah berkenaan.

Polis menerima panggilan memaklumkan seorang lelaki jatuh dari tingkat 3 Suria KLCC pada 1.52 tengah hari tadi.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut selepas jatuh dari tingkat tiga bangunan Suria KLCC, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.52 tengah hari.

“Polis terima panggilan memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC.

“Siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan,” katanya.

Terdahulu, tersebar beberapa gambar dan video di media sosial memaparkan seorang lelaki terbaring di aras bawah pusat beli-belah itu, selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga.

Sementara itu, pihak pengurusan Suria KLCC menerusi kenyataan mengesahkan seorang lelaki dalam pertengahan 20-an jatuh dari tingkat atas pusat beli-belah itu.

Katanya, mereka sedia memberi kerjasama dalam siasatan polis dengan menyediakan akses dan sumber diperlukan.

Menurutnya, pasukan pengurusan dan keselamatan Suria KLCC akan terus mengawasi keadaan di pusat beli-belah itu untuk menyediakan persekitaran lebih selamat kepada kakitangan dan pelanggannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.