
Acara ini diteruskan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menerusi Facebook bagi menyemarakkan semangat Ramadan, kata menterinya, Nancy Shukri.
Ia juga bagi memaparkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong antarabangsa, selain bagi manfaat rakyat tempatan, tambah beliau.
Kata Nancy, antara aktiviti yang akan diketengahkan dalam acara tersebut termasuk bacaan Al-Quran oleh selebriti terkenal, ceramah mengenai Ramadan dan demonstrasi masakan secara langsung.
“Tujuan acara ini juga untuk memperkukuh hubungan dan toleransi antara masyarakat berbilang kaum,” kata beliau.
Iftar 2021@Ramadan Online akan disiarkan esok hingga 30 April 2021 menerusi laman Facebook rasmi JKKN.
Antara penganjur Iftar 2021@Ramadan Online termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).