
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan Mohd Ismail Mohd Yunus berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada 9.47 malam sebelum 53 anggota BBP Teluk Intan dengan bantuan BBP Hutan Melintang serta Pasukan Bomba Sukarela Teluk Intan dikerahkan ke lokasi berkenaan.
“Kebakaran itu membabitkan tiga rumah musnah kira-kira 90% manakala dua rumah lagi hanya melibatkan kemusnahan 15% dan 18% sahaja serta sebuah motosikal jenis Yamaha LC turut musnah sebanyak 90%.
“Bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Ismail berkata pihaknya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk kerja memadam api dan operasi tamat sepenuhnya pada 12.30 tengah malam.