
Ain dan rakan sebayanya berkata, mereka menerima ancaman dan cacian daripada pelbagai lapisan masyarakat, dengan ada segelintir yang menggunakan alasan agama untuk membenarkan cacian dilontarkan itu.
Ain berkata, mereka yang menentang budaya rogol mesti menyedari risiko yang akan berlaku itu.
“Ada yang mahu saya untuk terus lantang bersuara, tetapi sekarang masyarakat hari ini seolah-olah tidak membenarkan ia berlaku. Masyarakat akan menyerang mereka, dan mereka adalah kanak-kanak.
“Tidak adil untuk orang dewasa mengharapkan kami bersuara sedangkan tindakan itu berbahaya bagi kami,” katanya pada sesi bual bicara mengenai budaya rogol, yang dihoskan Jawatankuasa Peguam Muda Kuala Lumpur.
“Orang ramai juga ada yang berdoa supaya saya dirogol, mereka mengatakan tubuh badan saya tiada-apa-apa nilai….dan saya adalah seorang kanak-kanak.
“Jika saya meminta kanak-kanak lain untuk melakukan perkara sama yang saya lakukan, mereka juga pasti akan melalui pengalaman serupa.
Merujuk budaya yang dia dan rakannya ingin perjuangkan, Ain mengecam orang yang menggunakan agama sebagai alasan untuk membuat komen kasar mengenainya dalam talian.
“Adalah salah untuk orang mencampuradukkannya dengan agama. Mereka kata, oh sepatutnya kamu kena tutup aurat, jika tidak kamu yang bersalah.
“Dalam kes saya, orang ramai memperkatakannya kerana saya tidak memakai hijab, dan mereka menggunakannya untuk mengatakan kejadian rogol berlaku disebabkan itu.
“Sebahagian lagi berkata, jika Ain berpakaian begitu, saya juga mahu merogolnya, komen ini datangnya daripada guru-guru, dan saya hanya seorang insan kerdil.
“Kita seolah-olah membenarkan ‘guru pedofilia’ berada di sekolah. Apabila masyarakat membiarkan perkara ini berlaku, orang lain pula menganggap tidak ada salahnya dengan tingkah laku yang begitu.”
Mengenai pendedahan budaya sedemikian, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, berkata sesuatu yang sangat memalukan jika remaja seusia Ain masih memperjuangkan masalah sama seperti diperjuangkannya sejak 30 tahun lalu.
Katanya, perubahan mesti datang dari atas, lakukannya dengan melaksanakan rang undang-undang gangguan seksual yang telah lama ditangguhkan atau mempertingkatkan lagi latihan kepekaan gender di institusi dan tempat kerja.
Beliau berkata, kecuali jika perubahan struktur seperti ini dilaksanakan, anjakan budaya seperti itu diperlukan bagi menghilangkan budaya jenaka rogol akan sukar dicapai, kerana tanggungjawab setiap individu ada hadnya.
Yu Ren Chung, Pengarah Eksekutif Organisasi Bantuan Wanita, meminta golongan lelaki untuk mengandaikan kejadian itu berlaku dalam kehidupan mereka sendiri ketika jenaka atau komen rogol atau serangan seksual dibuat, walaupun sukar, mereka perlu bertanggungjawab atas kesalahan masa lalu.
“Apabila berlaku di lingkungan atau tempat kerja anda, anda hanya perlu bertindak; itu yang penting.
“Selalunya ia bukan mudah. Mungkin anda juga tidak mahu dikatakan tidak ‘cool’ ,atau dia adalah rakan sekerja atau bos, dan anda tidak mahu mendapat susah.
“Saya sudah pergi ke sekolah yang semua pelajarnya lelaki. Oleh itu, saya pasti mengatakan perkara itu salah, tetapi anda perlu merenungkan semua ini dan bersikap jujur dengan diri sendiri.
“Ini tidak menjadikan anda orang yang teruk secara keseluruhan, mungkin hanya satu perkara yang anda lakukan yang tidak betul.”