
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya menyasarkan jumlah itu selepas 1,500 PPV membabitkan klinik dan hospital swasta akan beroperasi sebelum 30 Jun ini bagi meningkatkan lagi kapasiti pengagihan vaksin negara.
“Kita sasar 500 PPV GP akan mula beri vaksin pada 15 Jun dan 1,000 klinik GP akan dijadikan PPV sebelum 30 Jun.
“Kalau ambil jumlah swasta keseluruhannya yang terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), saya sasarkan PPV GP dan PPV hospital swasta boleh menyumbang 40,000 dos sehari sebelum 30 Jun.
“Ini sasaran kita untuk PPV swasta tertakluk kepada bekalan vaksin,” katanya ketika sidang media hari ini sekaligus mejawab pihak yang membangkitkan kononnya pihak swasta tidak dilibatkan dengan suntikan vaksin.
Khairy berkata, sebelum ini tidak banyak pihak hospital swasta terlibat dengan pemberian vaksin kerana jumlah bekalan terhad.
“Sebelum ini tidak perlu (swasta terlibat) sebab bekalan vaksin tidak banyak. Lepas ini bekalan meningkat dan kita akan memudah cara klinik swasta, hospital swasta untuk beri vaksin melalui PICK secara cuma dan kerajaan bayar hospital swasta dan klinik swasta,” katanya.
Beliau sebelum itu mengadakan lawatan di PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.