22 kluster Covid-19, 11 babit tempat kerja

22 kluster Covid-19, 11 babit tempat kerja

Selebihnya tujuh berkaitan komuniti, dua sektor pendidikan dan satu membabitkan keagamaan serta pusat tahanan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 22 kluster baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 11 kluster tempat kerja, tujuh berkaitan komuniti, dua sektor pendidikan dan masing-masing satu membabitkan keagamaan serta pusat tahanan.

Kluster itu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Perincian kluster terbabit adalah seperti berikut:
  • Kluster Jalan Waja Lima Belas (Kuala Langat dan Petaling) dengan 23 kes
  • Kluster Jalan Balam (Kepong dan Titiwangsa) dengan 11 kes
  • Kluster Jalan Jee Cattleya (Miri) dengan 23 kes
  • Kluster Jalan Pinang Riam (Miri) dengan 15 kes
  • Kluster SILC Satu (Johor Bahru dan Pontian) dengan 15 kes
  • Kluster Teknologi Enam (Tangkak) dengan 15 kes
  • Kluster Bioteknologi Satu (Johor Bahru) dengan 24 kes
  • Kluster Pantai Kemayang (Bachok) dengan 22 kes
  • Kluster Industri Jemapoh (Kuala Pilah dan Jempol) dengan 50 kes
  • Kluster Jalan Tambun (Kinta dan Hulu Perak) dengan 20 kes
  • Kluster Industri Bukit Panchor (Seberang Perai Utama, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Timur Laut dengan 94 kes
  • Kluster Jalan Parit Raja Tengah (Muar) dengan 27 kes
  • Kluster Nanga Meruan (Selangau, Sibu, dan Kanowit) dengan 34 kes
  • Kluster Sungai Penyarai (Tatau) dengan 27 kes
  • Kluster Kelisa Emas (Seberang Perai Tengah dan Barat Daya) dengan 20 kes
  • Kluster Taman Fasa 2A (Manjung dan Cheras) dengan 33 kes
  • Kluster Dah Kampung Lachuk (Kota Setar, Kuala Muda dan Sik) dengan 57 kes
  • Kluster Kampung Alai (Hulu Perak) dengan 18 kes
  • Kluster Jalan Beringin (Hulu Selangor dan Petaling) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Yaakob Latiff 2 (Cheras) dengan 10 kes
  • Kluster DTI Kemayan (Bera) dengan 40 kes
  • Kluster Jalan Mutiara Galla (Seremban) dengan 33 kes

Beliau berkata, sebanyak 2,237 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 674 daripadanya kluster aktif dan 1,563 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.