Rekod tertinggi 126 kematian, 7,703 kes Covid-19

Rekod tertinggi 126 kematian, 7,703 kes Covid-19

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,728 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi 126 kematian akibat Covid-19, manakala 7,703 jangkitan baharu dan 5,777 pesakit pulih.

Ini adalah korban tertinggi selepas 98 kes dicatatkan pada Sabtu dan 79 Ahad lalu.

Jumlah jangkitan pula meningkat kepada 587,165 kes setakat ini, dengan 501,898 daripadanya pulih dan angka korban mencecah 2,993 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 82,274 kes aktif, dengan 878 daripada 441 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, dua ialah kes import dan baki 7,701 penularan tempatan membabitkan 6,860 warganegara dan 841 warga asing.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,728 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (701), Sarawak (588), Negeri Sembilan (586), Johor (554), Kelantan (541), Pulau Pinang (407), Kedah (283), Sabah (254), Pahang (237), Perak (224), Terengganu (224), Melaka (209), Labuan (159), Perlis (7) dan Putrajaya (1).

Noor Hisham berkata, daripada 126 jumlah kematian, ia membabitkan 123 warganegara dan tiga warga asing berusia 27 hingga 98 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.