
Ramalan Maybank Research itu senada dengan penganalisis Samuel Yin yang berpendapatan penutupan itu akan mengakibatkan kerugian kepada Genting Malaysia pada 2021, menerusi laporan Inside Asian Gaming (AIG).
RWG ditutup selama tiga bulan pada Mac tahun lalu dan sekali lagi selama 25 hari pada 22 Januari.
“Kami berpendapat bahawa RWG akan ditutup selama tiga bulan kali ini dan Genting SkyWorlds hanya akan dibuka pada bulan Disember 2021 bersempena cuti sekolah,” kata Yin yang dipetik sebagai berkata oleh majalah tersebut.
Walaupun begitu, Yin menganggarkan kerugian yang ditanggung tahun ini “masih kurang daripada separuh” daripada kerugian RM1.45 bilion yang dicatatkan tahun lalu, memandangkan pembukaan semula kasino Genting Malaysia di UK dan pemulihan hartanah yang kukuh di AS.
Yin berkata, Resorts World New York sudah kembali ke tahap pra-Covid sementara Resorts World Catskills telah 84% pulih.
Beliau turut meramalkan satu lagi pemulihan yang kukuh buat RWG sebaik wabak di Malaysia reda.
Bulan lalu, RWG berkata kasino di Genting Highlands ditutup sehingga diberitahu kelak berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sekatan penuh (PKP 3.0).