Industri penerbangan kembali normal pada 2022, kata Tony

Industri penerbangan kembali normal pada 2022, kata Tony

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, perkara itu dijangka dapat diselesaikan menjelang September atau Oktober apabila perjalanan rentas negeri dan beberapa penerbangan antarabangsa dibenarkan.

Tony Fernandes berkata pelaksanaan dasar yang lebih baik adalah disarankan untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan.
KUALA LUMPUR:
Industri penerbangan dijangka kembali normal pada 2022 dengan pembukaan semula secara berperingkat perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes.

Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk dokumen yang diperlukan untuk tujuan perjalanan.

“Saya rasa itu akan dapat diselesaikan menjelang September atau Oktober apabila kita membenarkan perjalanan rentas negeri dan beberapa penerbangan antarabangsa,” kata beliau semasa webinar mengenai “Communication Organisational Change Across Culture” hari ini.

Webinar itu dianjurkan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.