Parti ketika PKP, 2 remaja 15 tahun antara 8 ditahan

Parti ketika PKP, 2 remaja 15 tahun antara 8 ditahan

Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata polis menerima aduan orang awam berhubung unit yang mengadakan aktiviti berkumpul beramai-ramai.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata, semua yang ditahan berusia 15 hingga 23 tahun dan tujuh daripadanya positif dadah. (Gambar IPD Shah Alam)
SHAH ALAM:
Dua remaja perempuan antara lapan individu yang ditahan polis kerana menyertai parti persendirian di sebuah unit Soho di I-City dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata, mereka yang berusia 15 hingga 23 tahun itu ditangkap selepas polis menerima aduan orang awam berhubung sebuah unit yang disewa mengadakan aktiviti berkumpul beramai-ramai.

“Dua remaja perempuan berusia 15 tahun itu masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif dadah.

“Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini membenarkan ketujuh-tujuh individu itu ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tiga dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Selain itu, kesemua lapan individu berkenaan turut dikompaun RM4,000 masing-masing kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.