Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 739,266 kes.
Selangor sekali lagi mencatatkan jangkitan tertinggi, iaitu 1,989 kes diikuti Negeri Sembilan (629), Kuala Lumpur (469), Sarawak (409), Perak (400), Sabah (258), Johor (243), Melaka (183), Pahang (111), Labuan (108), Kelantan (101), Pulau Pinang (88), Terengganu (23), Putrajaya (8) dan Perlis (5).
Daripada jumlah kes baharu itu, tujuh merupakan kes import dan baki 5,211 adalah penularan tempatan.
Katanya, terdapat 61,812 kes aktif dengan 451 daripada 899 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula mencatatkan 4,744 dengan jumlah kumulatif sebanyak 672,453 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 5,001.
Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sebanyak 57 kes kematian pada hari ini membabitkan 54 warga tempatan dan tiga warga asing.
“Selangor (15 kes), Negeri Sembilan (13 kes), Johor (enam kes), Melaka (lima kes), Kuala Lumpur dan Labuan, Perak masing-masing tiga kes, Sarawak, Kedah, Pahang, dan Kelantan masing-masing dua kes dan satu kes di Pulau Pinang.
“Mangsa yang terkorban berusia antara 33 tahun hingga 96 tahun dengan majoritinya mempunyai penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, hati, darah tinggi, strok dan buah pinggang,” katanya.