
Kempen ini menggalakkan mereka yang mengalami kesukaran atau masalah kewangan supaya mendapatkan bantuan tanpa rasa takut dan malu dengan mengibarkan bendera berwarna putih di hadapan rumah sebagai isyarat mereka memerlukan bantuan segera.
Senarai di bawah adalah tambahan terbaharu kepada bantuan yang pernah dilaporkan FMT sebelum ini:
1. Frenz Grocer
Frenz Grocer menubuhkan bank makanan di kedai runcitnya di Puchong untuk membantu mereka yang memerlukan.
Hubungi 03-80827807.
Untuk maklumat lanjut, layari www.eshop.frenzgrocer.com.my.
2. Lontong & Co Ara Damansara
Restoran ini menubuhkan bank makanan di premisnya. Individu di Ara Damansara boleh mendapatkan barang makanan yang disediakan.
Hubungi 012-3791011.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti Instagram @lontongandcoaradamansara.
3. Restoran Rahman Briyani
Mereka yang tinggal di sekitar Gombak boleh datang ke restoran ini untuk mendapatkan bantuan makanan asas.
Hubungi 013-4296080 (Shukor) atau 014-7351019 (Sahdam).
Sumbangan juga boleh dibuat melalui akaun Maybank No.562405646670 (The People Hub).

4. Afrina E Lim
Afrina mahu membantu individu dan keluarga yang memerlukan barang makanan. Dia menyasarkan mereka yang tinggal di Banting dan Klang, terutama di Telok Panglima Garang, Johan Setia, Bukit Tinggi, Bandar Parklands, Bandar Botanic, Andalas dan Taman Chi Leong.
Hubungi Afrina di talian 012-6005165.
5. Dapur Chemek
Restoran di Petaling Jaya ini menawarkan makanan percuma setiap hari Selasa dan Jumaat dari pukul 11 pagi hingga 1 petang dan 5 petang hingga 7 malam.
Hubungi 019-4095040 atau Whattsapp 012-2020012.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Instagram @dapurchemek.
