
Kempen ini menggalakkan mereka yang mengalami kesukaran atau masalah kewangan untuk mendapatkan bantuan tanpa rasa takut dan malu dengan mengibarkan bendera berwarna putih di hadapan rumah sebagai isyarat mereka memerlukan bantuan segera.
Senarai di bawah adalah tambahan kepada bantuan yang pernah dilaporkan FMT sebelum ini:
1) Church of Praise
Gereja ini terletak di Bukit Indah, Johor Bahru dan menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh ini.
Hubungi talian 012-771 7096 (Patrick Hua)
2) Kuala Lumpur Baptist Church
Gereja ini menyediakan bank makanan untuk individu yang memerlukan.
Sesiapa yang memerlukan bantuan digalakkan menghantar pesanan kepada Esther di talian 012-3930949. Sila nyatakan nama, alamat, nombor untuk dihubungi dan bilangan isi rumah dalam mesej yang dihantar.
3) SunwayCares Food Aid
Berbekalkan semangat kempen #Bendera Putih, Sunway sedang mengumpulkan barangan makanan diproses yang tidak mudah rosak bagi mereka yang memerlukan ketika waktu sukar ini.
Barangan keperluan ini kemudian akan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan Subang Jaya dengan kerjasama SJ Echo dan Lion’s Club of Subang Jaya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman di sini.

4) Food Aid Damansara Perdana
Untuk mendapatkan pek makanan, hubungi Tammy Lim di talian 012-2964148 (WhatsApp) berserta maklumat diri anda dan tunggu pengesahan bagi mengambil pek makanan berkenaan di DIB restaurant, Empire Damansara (Pusat Perdagangan PJ).

5) Untuk Malaysia
Gerakan ini bertujuan menyediakan bantuan kepada mereka yang terkesan ketika PKP penuh.
Untuk permohonan boleh tekan di sini.
Untuk maklumat lanjut: Twitter @untukmalaysiaa
