100 kes baharu varian Delta dikesan

100 kes baharu varian Delta dikesan

Hisham berkata, dengan ini jumlah kes Delta yang dikesan di Malaysia meningkat kepada 189.

PETALING JAYA:
Sebanyak 106 kes baharu dari varian Delta Covid-19 telah dikesan antara 12 Julai hingga 22 Julai hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Hisham berkata, dengan ini jumlah kes Delta yang dikesan di Malaysia meningkat kepada 189.

IMR dan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Unimas juga mengesan 10 kes baharu varian Beta dan tiga kes baharu varian Alpha.

“Negara telah mencatatkan sejumlah 206 kes Beta, 14 kes Alpha, 13 kes Theta, empat kes Kappa dan tiga kes Eta,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ini menjadikan keseluruhan jumlah Variant of Concern (Alpha, Beta, Delta) dan Variant of Interest (Theta, Kappa, Eta) sebanyak 429.

Daripada 106 kes Delta dikenal pasti dalam tempoh 10 hari itu, kebanyakannya dikesan di Sarawak yang merekodkan 76 kes.

Ini disusuli Selangor (10), Pahang (lapan), Johor (empat), Kuala Lumpur (tiga), Kedah (dua), serta masing-masing satu di Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Sarawak turut merekodkan jumlah terbesar kes varian secara keseluruhannya, iaitu 152, merangkumi sepertiga daripada semua kes varian di negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.