
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 42 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataan beliau berkata, ia terdiri daripada 25 kluster tempat kerja, 12 jangkitan komuniti, masing-masing dua daripada golongan berisiko tinggi dan pusat tahanan serta satu sektor pendidikan.
Kluster dikesan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Terengganu, Kedah, Perak dan Putrajaya.

Perincian 42 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:
- Kluster Industri Batu Lapan Bakri (Muar) dengan 20 kes
- Kluster Bukit Batu Bakri (Muar) dengan 15 kes
- Kluster Persiaran Laman Setia Sembilan (Johor Bahru) dengan 15 kes
- Kluster Industri Batu 17 Saleng (Kulai) dengan 14 kes
- Kluster Saujana Putra Kesang (Tangkak) dengan 14 kes
- Kluster Jalan Keluli Tiga Barat (Johor Bahru dan Kota Tinggi) dengan 13 kes
- Kluster Industri Jasmine Tiga (Hulu Selangor dan Hulu Langat) dengan 29 kes
- Kluster Industri Sungai Puluh Batu Lima (Klang) dengan 16 kes
- Kluster Industri Mas Tujuh (Sepang) dengan 14 kes
- Kluster Industri Jasmine Dua (Hulu Selangor) dengan 12 kes
- Kluster Jeti Kudat (Kudat) dengan 44 kes
- Kluster Jalan Penampang (Penampang) dengan 29 kes
- Kluster Industri Kolombong (Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran) dengan 23 kes
- Kluster Dah 14 Industri Kulim (Kulim) dengan 187 kes.
- Kluster Dah Raya Industri Pendang (Pendang, Kota Setar, dan Padang Terap) dengan 33 kes
- Kluster Kuala Jambu (Bachok dan Kota Bharu) dengan 10 kes
- Kluster Simpang Empat Tendong (Pasir Mas dan Kuala Krai) dengan lima kes
- Kluster Industri Jalan Senawang Dua (Seremban) dengan 53 kes
- Kluster Pasar Besar Seremban (Seremban dan Jempol) dengan 15 kes
- Kluster Lorong Perusahaan Bukit Minyak 22 (Seberang Perai Tengah) dengan 14 kes
- Kluster Jalan Tasek (Seberang Perai Selatan) dengan 10 kes
- Kluster Lorong Helang Hindik (Kepong) dengan 33 kes
- Kluster Jalan Gombak Traders (Titiwangsa dan Kepong) dengan tujuh kes
- Kluster Teluk Cempedak (Kuantan) dengan 16 kes
- Kluster Jalan Beruas (Larut, Matang, dan Selama) dengan 12 kes
- Kluster Kampung Hutan Kuin (Machang) dengan 30 kes
- Kluster Kampung Hutan Puteh (Machang) dengan 13 kes
- Kluster Kampung Kedai Buloh (Kota Bharu) dengan 12 kes
- Kluster Kampung Nilam Puri (Kota Bharu) dengan 11 kes
- Kluster Sepekan Makmur (Pekan) dengan 61 kes
- Kluster Paya Keladan (Temerloh) dengan 26 kes
- Kluster Taman Astana View IM 15 (Kuantan) dengan 24 kes
- Kluster Kampung Anak Ikan (Besut) dengan 29 kes
- Kluster Sebayor (Samarahan dan Kuching) dengan 22 kes
- Kluster Dah Singkir (Yan dan Kuala Muda) dengan 21 kes
- Kluster Kampung Bagan (Sabak Bernam) dengan 20 kes
- Kluster Inderasabah (Tawau) dengan 14 kes
- Kluster Alor Tempoyak (Dungun, Kemaman, Marang, dan Hulu Terengganu) dengan 55 kes
- Kluster Mutiara Kemuning (Klang) dengan enam kes
- Kluster Tembok Tapah 2 (Batang Padang) dengan 144 kes
- Kluster Pagar Panglima Bukit Gantang (Kinta) dengan 59 kes
- Kluster Jalan Kajangan (Putrajaya) dengan 21 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 3,527 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,028 daripadanya kluster aktif dan 2,499 kluster lagi sudah tamat.