41 kluster baharu Covid-19, 22 babit tempat kerja

41 kluster baharu Covid-19, 22 babit tempat kerja

Dr Noor Hisham berkata 22 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 16 daripada jangkitan komuniti

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 41 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata 22 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 16 daripada jangkitan komuniti, dua dari pusat tahanan dan satu sektor pendidikan.

Kluster dikesan di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Sabah dan Terengganu.

Perincian 41 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Lorong Perindustrian Bukit Minyak 21 (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Barat Daya, dan Timur Laut) dengan 34 kes
  • Kluster Industri Bukit Minyak 88A (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dengan 30 kes
  • Kluster Jalan Penang (Timur Laut) dengan 25 kes
  • Kluster Industri Persiaran Cassia Selatan (Seberang Perai Selatan) dengan 25 kes
  • Kluster Tapak Bina Depot Laluan Klang (Klang) dengan 145 kes
  • Kluster Industri Jalan Salleh (Klang, Hulu Langat, Petaling, dan Kuala Selangor) dengan 123 kes
  • Kluster Industri Selesa 2 (Hulu Langat) dengan 118 kes
  • Kluster Jalan Jurutera 23 (Petaling dan Klang) dengan 19 kes
  • Kluster Tapak Bina Desa Pahlawan (Titiwangsa) dengan 34 kes
  • Kluster Desa Tun 2 (Cheras) dengan 26 kes
  • Kluster Jalan Langkawi (Titiwangsa) dengan tujuh kes
  • Kluster Jalan PBR 38 (Alor Gajah dan Melaka Tengah) dengan 38 kes
  • Kluster Jalan Food City (Melaka Tengah) dengan 27 kes
  • Kluster Tapak Bina Ayer Salak (Melaka Tengah) dengan 26 kes
  • Kluster Jalan Platinum Empat (Johor Bahru) dengan 16 kes
  • Kluster Jalan Gemilang Sembilan (Johor Bahru) dengan 16 kes
  • Kluster Dah Puteri Industri Baling (Baling, Kuala Muda, Kulim, dan Sik) dengan 86 kes
  • Kluster Dah Cendana Industri Sungai Petani (Kuala Muda) dengan 35 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan BBN (Seremban) dengan 161 kes
  • Kluster Industri Jalan Tuanku Jaafar Utara (Seremban) dengan 54 kes
  • Kluster Bukit Berembun (Rompin) dengan 17 kes
  • Kluster Industri Chandan Raya 1/3 (Kinta) dengan 27 kes
  • Kluster Kampung Banggol Telipot (Pasir Puteh) dengan 33 kes
  • Kluster Pos Brooke (Gua Musang) dengan 19 kes
  • Kluster Lorong Masjid Padang Bongor (Kota Bharu) dengan 12 kes
  • Kluster Kampung Melor Lama Peringat (Kota Bharu) dengan 11 kes
  • Kluster Taman Puteri Pulong (Kota Bharu dan Machang) dengan 10 kes
  • Kluster Kampung Hujung Repek Melawi (Bachok) dengan enam kes
  • Kluster Bayangan (Keningau) dengan 21 kes
  • Kluster Menawo Baitah (Keningau) dengan 16 kes
  • Kluster Bariawa Laut (Keningau) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Inai (Temerloh) dengan 23 kes
  • Kluster Simpang Cheneras (Lipis) dengan 16 kes
  • Kluster Taman Selesa (Dungun) dengan 65 kes
  • Kluster Majupadu Lapan (Kluang) dengan 26 kes
  • Kluster Taman Bertam Indah (Melaka Tengah) dengan 23 kes
  • Kluster Dah Kampung Pong (Padang Terap) dengan 17 kes
  • Kluster Kampung Gelok Bukit (Hulu Perak) dengan 13 kes
  • Kluster Pagar Kluang (Kluang) dengan 39 kes
  • Kluster Pagar Bachok (Bachok) dengan 17 kes
  • Kluster Jalan Seroja 33 (Sepang) dengan sembilan kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 3,568 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,050 daripadanya kluster aktif dan 2,518 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.