Adham dan Hisham tetap dipanggil ke Parlimen oleh PAC

Adham dan Hisham tetap dipanggil ke Parlimen oleh PAC

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata beliau sudah mengarahkan Setiausaha Dewan untuk memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah bahawa prosiding yang dijadual pada esok pagi berhubung isu perolehan vaksin akan diteruskan.

Wong Kah Woh.
PETALING JAYA:
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, tetap dipanggil dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), esok, walaupun beliau sendiri menyarankan Parlimen digantung selama dua minggu kesan penularan Covid-19.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh, berkata selain Dr Hisham, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, juga akan dipanggil dengan kedua-duanya diminta hadir pada jam 10.30 pagi, esok, membabitkan prosiding ketiga perolehan vaksin.

“Saya terima surat (notis pemberitahuan) daripada Setiausaha Dewan kira-kira jam 3.30 petang tadi. Reaksi pertama saya adalah ‘ia langsung tidak masuk akal’.

“Apabila Parlimen tidak bersidang, hanya ada kurang 30 individu di bilik PAC. Saya yakin KP Kesihatan mengetahui dan memahami perkara ini dengan baik dan bagaimana hendak menjalankan tugas beliau kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Hisham dalam satu kenyataan, berkata ia saranan penggantungan membabitkan semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen, serta pembentangan yang dirancang di Parlimen.

Pada 29 Julai, Kementerian Kesihatan (KKM) dimaklumkan mengenai dua kes positif Covid-19 di Parlimen.

Dengan pengesanan dua kes positif Covid-19 berkenaan, KKM mengambil keputusan segera untuk menjalankan saringan ujian kendiri RTK Ag Saliva terhadap 1,183 individu dalam Parlimen dan mendapati sembilan lagi kes positif Covid-19, setakat hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.