
Kata Lim lagi, pelantikan Timbalan Presiden Bersatu itu bermotifkan politik dan membazirkan wang.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Faizal, bekas Menteri Besar Perak, akan dilantik sebagai penasihat khas Muhyiddin.
Menerusi pelantikan berpangkat menteri itu, Faizal ditugaskan memberi nasihat kepada Perdana Menteri mengenai hubungan masyarakat, komunikasi dan pembangunan sosioekonomi.
“Bagaimana pelantikan Faizal dapat membantu memerangi Covid-19 atau mengatasi kemelesetan ekonomi?” soal Lim dalam kenyataan.
“Pelantikan Faizal jelas menunjukkan bahawa Muhyiddin telah kehilangan plot dan tiada konsep atau rancangan untuk membimbing Malaysia keluar daripada krisis semasa.”
Katanya, Faizal mempunyai rekod kegagalan dan prestasi buruknya sebagai Menteri Besar menyaksikan beliau kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak, dengan beliau digulingkan menerusi undi percaya tahun lalu dengan hanya 10 daripada 59 ADUN menyokongnya.