Sukar beralih ke Fasa 2, kata MB Johor

Sukar beralih ke Fasa 2, kata MB Johor

Hasni Mohammad berkata Johor hanya mencapai indikator nilai ambang kadar vaksinasi bagi orang dewasa 18 tahun ke atas iaitu sebanyak 17%.

Hasni Mohammad berkata Johor sehingga kini mencatatkan penggunaan katil ICU sebanyak 121%. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Johor dilihat masih sukar beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) apabila hanya mencapai satu daripada tiga indikator nilai ambang ditetapkan sehingga hari ini, kata Menteri Besar Hasni Mohammad.

Sebelum ini, Putrajaya menetapkan tiga indikator nilai ambang untuk sesuatu negeri melaksanakan peralihan fasa PPN iaitu jumlah purata kes harian, kadar vaksinasi orang dewasa 18 tahun ke atas dan jumlah penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU).

Hasni berkata, Johor hanya mencapai indikator nilai ambang kadar vaksinasi bagi orang dewasa 18 tahun ke atas iaitu sebanyak 17%, berbanding 10% ditetapkan bagi membolehkannya beralih ke Fasa 2.

Katanya, pada penghujung Julai lalu, kes purata harian meningkat sehingga mencecah 1,449, manakala pada Ogos negeri itu masih lagi mencapai empat angka kes harian.

Beliau berkata, indikator ketiga pula menyaksikan Johor masih mencatatkan penggunaan katil ICU sebanyak 121%, iaitu penggunaan yang terhad, berbanding kadar ditetapkan iaitu tidak melebihi 70%.

“Johor berada dalam keadaan masih lagi sukar untuk beralih pada Fasa 2,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan secara maya Dewan Muda Johor.

Pada 26 Julai lalu, Johor mencatatkan kes harian tertinggi pernah direkodkan iaitu 1,449.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.