Bukan jadi ‘bapa ayam’, aku ditahan bantu siasatan, kata Tauke

Bukan jadi ‘bapa ayam’, aku ditahan bantu siasatan, kata Tauke

Pengakuan itu dibuat Tauke, 45, menerusi Instagram Storynya, semalam dan turut diulang siar oleh isterinya, Nadia Mohd Affandi.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria berkata dia tiada kaitan dengan aktiviti tersebut.
PETALING JAYA:
Pelawak Zamratul Amri Zakaria atau Tauke akhirnya mengaku ditahan polis baru-baru ini untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks.

Pengakuan itu dibuat Tauke, 45, menerusi Instagram Storynya, semalam dan turut diulang siar oleh isterinya, Nadia Mohd Affandi.

“Kepada yang tak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Bukan jadi bapa ayam atau transpoter (pengedar), tiada kaitan dengan aktiviti tersebut,” tulisnya menurut laporan Harian Metro.

Baru-baru ini, Tauke menafikan dia ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Katanya, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat. Malah, katanya dia tiada hak untuk menutup mulut orang terutama apabila namanya “dipetik” segelintir warganet.

Selasa lalu, akhbar itu turut melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada 10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.