36 kluster baharu Covid-19, 19 babit tempat kerja

36 kluster baharu Covid-19, 19 babit tempat kerja

Dr Noor Hisham berkata 19 daripadanya adalah kluster tempat kerja, manakala 12 babitkan jangkitan komuniti.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 36 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata 19 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 13 daripada jangkitan komuniti, dua dari pusat tahanan, masing-masing satu dari golongan berisiko tinggi dan majlis keagamaan.

Kluster dikesan di Johor, Selangor, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu dan Pahang.

Perincian 36 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Jalan Mengkibol Empat ( Kluang ) dengan 13 kes
  • Industri SILC Dua ( Johor Bahru ) dengan 14 kes
  • Jalan Firma Selatan (Johor Bahru ) dengan 16 kes
  • Jalan Seelong 19 ( Kulai) dengan 16 kes
  • Perusahaan Parit Raja (Batu Pahat ) dengan 29 kes
  • Industri Jalan Chaah (Segamat ) dengan 33 kes
  • Ladang Sungai Kahang (Kluang ) dengan 70 kes
  • Industri Bayu Tampoi ( Johor Bahru) dengan sembilan kes
  • Industri Delima Satu ( Klang dan Petaling) dengan 86 kes
  • Tapak Bina Persiaran Mahkota ( Kuala Langat) dengan 119 kes
  • Industri Tambak Jawa (Kuala Selangor ) dengan 15 kes
  • Industri Jalan Salleh 29 (Klang ) dengan 51 kes
  • Dah Tapak Bina Astana (Kuala Muda ) dengan 21 kes
  • Dah Tapak Bina Abas ( Baling) dengan 68 kes
  • Kampung Mujur Jelawat ( Bachok) dengan 15 kes
  • R16 Jalan Bukit Keteri ( Kangar) dengan 11 kes
  • Jalan Gajah Mati ( Seberang Perai Tengah) dengan 39 kes
  • Jalan Pisang Raja ( Bintulu) dengan 10 kes
  • Lot Q Fasa Dua ( Dungun dan Kuala Terengganu) dengan 82 kes
  • Kampung Tok Burung Perupok ( Bachok) dengan 16 kes
  • Kampung Bukit Gading (Tanah Merah ) dengan 20 kes
  • Perumahan Kelapa Wangi (Pasir Mas ) dengan lima kes
  • Jalan Masjid Batu Dua (Kota Bharu dan Bachok ) dengan 18 kes
  • Belakang Perumahan Tanjung Chat ( Kota Bharu) dengan 16 kes
  • Kampung Langgar ( Kota Bharu) dengan 14 kes
  • Jalan Kampung Paloh (Kota Bharu ) dengan 13 kes
  • Kampung Chenerai (Pasir Mas ) dengan 16 kes
  • Kampung Sri Muda ( Jerantut) dengan 23 kes
  • Sungai Tekam Utara ( Jerantut) dengan 21 kes
  • Rantau Sena ( Maran) dengan 36 kes
  • Bukit Tampoi ( Sepang) dengan 35 kes
  • Temenggong Kulai (Kulai ) dengan 21 kes
  • Pagar Gua Musang ( Gua Musang) dengan tujuh kes
  • Tembok Bukit Mertaja m 2 ( Seberang Perai Tengah) dengan 114 kes
  • Jalan Pinang Kluang ( Kluang) dengan 19 kes
  • Dah Batu 18 ( Yan dan Kuala Muda) dengan 21 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak3,974 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,232 daripadanya kluster aktif dan 2,742 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.