
Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein dalam kenyataan berkata, satu lokaliti di Pahang juga terlibat dalam pelaksanaan PKPD.
Berikut adalah perincian lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.
Pelaksanaan PKPD bermula 12 hingga 25 Ogos adalah seperti berikut
Sabah
- Enam lokaliti di Kota Kinabalu, iaitu di Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya
- FELDA Jengka 7, Maran, Pahang
- Ladang Kerilla, Tanah Merah, Kelantan
Pahang
- FELDA Jengka 25, Temerloh
Pelanjutan PKPD pada 12 hingga 25 Ogos
- Sg Klau dan Sg Chalit, Raub, Pahang
- Taman Kinarut Ria, Papar, Sabah
- Tapak Bina IBN Highland, Genting Highlands, Bentong, Pahang
Penamatan PKPD pada 11 Ogos
Johor
- Kampung Pertanian & Kampung Separa, Mukim Senai, Kulai
- Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana, Kluang
Sabah
- Lima lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Unggun, Lorong Cina 1, 2 & 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher dan Polytechnic Commercial Centre
- Lapan lokaliti di Penampang melibatkan Country Height Fasa 1, 2 & 3 (termasuk Bangunan Kedai), Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon
- Empat lokaliti di Beaufort melibatkan Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna
- Perumahan Ladang Tinabau, Kinabatangan
- Tiga lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah
Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, sebanyak 180 kompaun dikeluarkan dan 21 lagi direman atas kesalahan ingkar SOP semalam.
Katanya, sebanyak. 60 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.
Menurutnya, seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, manakala dua kenderaan kapal/bot dan dua kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng.