31 kluster Covid-19, 18 babit tempat kerja

31 kluster Covid-19, 18 babit tempat kerja

Baki 11 adalah kluster komuniti dan dua lagi membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

Terdapat 1,258 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 31 kluster baharu Covid-19, dengan 18 daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, baki 11 adalah kluster komuniti dan dua lagi membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster dikesan di Johor, Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu dan Kedah.

Perincian 31 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Tapak Bina Jalan Anggun (Johor Bahru) dengan 218 kes.
  • Kluster Jalan Rami Empat (Muar) dengan 37 kes.
  • Kluster Jalan Tembaga Empat (Johor Bahru) dengan 15 kes.
  • Kluster Jalan Ekoperniagaan Satu (Johor Bahru) dengan tujuh kes.
  • Kluster Jalan Kebun Sultan (Kota Bharu) dengan 10 kes.
  • Kluster Industri Kampung Telekong (Kuala Krai) dengan 17 kes.
  • Kluster Seksyen Lapan Jalan Pintu Pong (Kota Bharu dan Tumpat) dengan 14 kes.
  • Kluster Industri Solar Valley (Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin) dengan 138 kes.
  • Kluster Industri Jalan PBR Satu (Melaka Tengah) dengan 124 kes.
  • Kluster Industri Muadzam Shah (Rompin) dengan 24 kes.
  • Kluster Lorong Mak Mandin Tiga (Seberang Perai Utara) dengan 22 kes.
  • Kluster Batu 27 Sook (Keningau) dengan 55 kes.
  • Kluster 511 Sentosa (Kuching) dengan 14 kes.
  • Kluster Industri Lorong Petai (Klang) dengan 88 kes.
  • Kluster Industri Bukit Naga (Klang) dengan 50 kes.
  • Kluster Industri Batu Sembilan Kapar (Klang) dengan 22 kes.
  • Kluster Jalan Gangsa (Cheras) dengan 23 kes.
  • Kluster Jalan Helang Belalang (Kepong) dengan 20 kes.
  • Kluster Taman Puteri Kluang (Kluang) dengan 85 kes.
  • Kluster Kampung Lela Jasa (Kuala Krai) dengan 35 kes.
  • Kluster Kampung Kual Gunong (Bachok) dengan 28 kes.
  • Kluster Kampung Batu Lapan Kadok (Kota Bharu) dengan 25 kes.
  • Kluster Lorong Taman Nik (Kota Bharu) dengan 14 kes.
  • Kluster Kampung Kuchelong (Bachok) dengan 13 kes.
  • Kluster Taman Ihsan (Pasir Mas) dengan enam kes.
  • Kluster Kampung Tanjong Bako (Kuching) dengan 24 kes.
  • Kluster Braang Payang (Kuching) dengan 27 kes.
  • Kluster Air Manis (Sabak Bernam) dengan 16 kes.
  • Kluster Kampung Gelam Mas (Besut) dengan 38 kes.
  • Kluster Dah Persiaran SP (Kuala Muda) dengan 47 kes.
  • Kluster Jalan Dikon Tiga (Kluang) dengan 18 kes.

Hisham berkata, sebanyak 4,034 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,258 daripadanya kluster aktif dan 2,776 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.