
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, baki 400 kes lagi atau 1.9% direkodkan daripada kategori tiga (radang paru-paru), empat (memerlukan oksigen) dan lima (kritikal).
Menurutnya, ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19.
“Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata secara keseluruhan, hanya 5,138 kes atau 24.7% daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini mempunyai sejarah imunisasi Covid-19.
Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 20,780 kes baharu hari ini, dengan 211 kematian direkodkan.