29 kluster baharu Covid-19, 17 babitkan tempat kerja

29 kluster baharu Covid-19, 17 babitkan tempat kerja

Dr Noor Hisham berkata 17 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 10 daripada jangkitan komuniti.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 29 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata 17 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 10 daripada jangkitan komuniti dan dua dari golongan berisiko tinggi.

Kluster dikesan di Johor, Selangor, Kelantan, Perak, Kuala Lumpur, Kedah, Sabah, Perlis, Pahang dan Sarawak.

Perincian 29 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Industri Puncak Alam Enam( Kuala Selangor ) dengan 15 kes
  • Kluster Industri Jalan Jurunilai ( Klang dan Petaling ) dengan 160 kes
  • Kluster Industri Alam Jaya 2/1 2 ( Kuala Selangor ) dengan 30 kes
  • Kluster Tapak Bina Persiaran Grandeur ( Kuala Selangor) dengan 36 kes
  • Kluster Jalan Tahana Tampoi ( Johor Bahru ) dengan 29 kes
  • Kluster Jalan Sri Plentong Lapan ( Johor Bahru ) dengan 22 kes
  • Kluster Industri Angkasa Mas Utama ( Johor Bahru ) dengan 27 kes
  • Kluster Jalan Tahana Tampoi Dua ( Johor Bahru ) dengan 15 kes
  • Kluster Industri Jalan Minyak Beku ( Batu Pahat ) dengan 13 kes
  • Kluster Industri Jalan 6/44 Padang Tembak (Kota Bharu dan Tumpat) dengan sembilan kes
  • Kluster Cabang Empat Gunong ( Kota Bharu dan Bachok ) dengan sembilan kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Universiti ( Kampar ) dengan 33 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Bemban ( Kinta ) dengan 67 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Sri Hartamas ( Kepong ) dengan 61 kes
  • Kluster Dah Tujuh Industri Sungai Petani ( Kuala Muda ) dengan 34 kes
  • Kluster Segama Batu Satu Lahad Datu ( Lahad Datu) dengan 18 kes
  • Kluster Zon Industri Jejawi ( Kangar ) dengan 23 kes
  • Kluster Kampung Chee Bee Salor ( Kota Bharu ) dengan 13 kes
  • Kluster Kampung Perupok Tikat( Kota Bharu ) dengan 11 kes
  • Kluster Kampung Berek Pak Tua Long ( Pasir Mas) dengan 24 kes
  • Kluster Kampung Bongkok Kerayong ( Bera) dengan 41 kes
  • Kluster Kampung Luit Maran ( Maran ) dengan 20 kes
  • Kluster Paka Kawiyan ( Ranau ) dengan 41 kes
  • Kluster Tangkuyan ( Kinabatangan ) dengan 129 kes
  • Kluster Batu 16 Sumun( Hilir Perak ) dengan 27 kes
  • Kluster Dah Kampung Pasir ( Kubang Pasu) dengan 38 kes
  • Kluster Kampung Sungai Laruh ( Kuching ) dengan 13 ke
  • Kluster Jalan Cheras 2 ( Hulu Langat ) dengan 15 kes
  • Kluster Jalan Sentosa Rawang ( Gombak ) dengan 26 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 4,183 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,317 daripadanya kluster aktif dan 2,866 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.