
Dalam hantaran di Facebook, Muhyiddin berkata beliau telah mengucapkan tahniah kepada Ismail ketika Perdana Menteri kesembilan itu mengunjung di kediamannya, hari ini.
“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara,” katanya.
Beliau turut mendoakan Ismail dapat menggalas amanah kepemimpinan dengan sebaik mungkin, dan mengemudi negara ke mercu kejayaan.
Ismail mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri hari ini mengangkat sumpah menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada Isnin lalu selepas kehilangan sokongan majoriti.
Ismail memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak 7 Julai, selain turut menjadi Menteri Pertahanan di bawah pentadbiran Muhyiddin.
Istana Negara semalam mengumumkan Ismail telah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Yang di-Pertuan Agong mengesahkan beliau mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen, seterusnya memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan.