
PETALING JAYA: Sebanyak 10 lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 26 dan 27 Ogos ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, satu lokaliti di Pahang dan Johor juga terlibat dalam pelaksanaan PKPD.
Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.
Pelaksanaan PKPD bermula 26 dan 27 Ogos hingga 8 dan 9 September adalah seperti berikut:
Sabah
- Tiga lokaliti di Telupid, melibatkan Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi, dan Kampung Ladang Melia.
- Dua lokaliti di Penampang, melibatkan Beverly Hills Fasa 5 dan Kampung Nambazan.
- Dua lokaliti di Ranau, melibatkan Kampung Lohan Ulu dan Kampung Libang.
- Rancangan Batu 22 Apas, Tawau.
- Kampung Landung Ayang, Kudat.
- Kampung Pengalat Kecil, Papar.
Pahang
- Ladang Cheekah Bera.
Lanjutan PKPD pada 26 Ogos hingga 8 September:
- Kampung Pulau Penampang Kota Kinabalu.
- Dua lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Gudon Menggatal dan Kampung Lobou.
- Kampung Menunggui Kota Belud.
- Kampung Tengah, Kinarut, Papar.
- Kampung Timbua, – Kembiroi – Lobou Baru, Ranau.
Johor - Kampung Orang Asli Kuala Masai.
Pelanjutan PKPD pada 27 Ogos hingga 9 September:
- Enam lokaliti di Tuaran, Sabah melibatkan Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Serusop, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.
- Dua lokaliti di Tawau, Sabah Kampung Bergosong Pulau Sebatik Dan PPR Taman Sri Batu Apas 8.
Penamatan PKPD pada 26 Ogos:
Tiga Perkampungan Orang Asli di Pos Brooke Gua Musang, Kelantan
- Kampung Jedip WCT
- Kampung Seng Sang
- Kampung Sendrop