42 kluster Covid-19, 23 babit tempat kerja

42 kluster Covid-19, 23 babit tempat kerja

Sebanyak 13 lagi berkaitan komuniti, lima membabitkan kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 42 kluster baharu Covid-19, dengan 23 daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 13 lagi berkaitan komuniti, lima membabitkan kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

Katanya, kluster itu dikesan di Selangor, Johor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Tapak Bina Persiaran Puncak Alam 11 (Kuala Selangor, Petaling dan Klang) dengan 48 kes.
  • Kluster Tapak Bina Persiaran Emas (Kuala Langat) dengan 46 kes.
  • Kluster Industri Anggerik Mokara 59 (Klang) dengan 41 kes.
  • Kluster Jalan Lalang Batu 30 (Hulu Langat) dengan 40 kes.
  • Kluster Jalan Western 2 (Sepang) dengan 18 kes.
  • Kluster Jalan Perak Empat (Johor Bahru) dengan 49 kes.
  • Kluster Jalan Kampung Kelicap (Batu Pahat) dengan 35 kes.
  • Kluster Industri Jalan Teknologi Simpang Renggam (Kluang) dengan 19 kes.
  • Kluster Sungai Dinar (Pontian) dengan 18 kes.
  • Kluster Tenggaroh 11 (Mersing) dengan 16 kes.
  • Kluster Jalan Serasa (Gua Musang) dengan 38 kes.
  • Kluster Jalan LKS Kuala Krai (Kuala Krai) dengan 29 kes.
  • Kluster Lebuhraya Rantau Panjang (Pasir Mas) dengan 11 kes.
  • Kluster Industri Kanthan Satu (Kinta) dengan 75 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan PC 10 (Muallim) dengan 26 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan Jelawai Dua (Muallim) dengan 24 kes.
  • Kluster Pesara Kampung Jawa (Barat Daya dan Timur Laut) dengan 49 kes.
  • Kluster Lorong Perusahaan 8C (Seberang Perai Tengah) dengan 29 kes.
  • Kluster Lorong Perusahaan Maju Dua (Seberang Perai Tengah) dengan 28 kes.
  • Kluster Dah Lima Industri Kulim (Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda) dengan 54 kes.
  • Kluster Dah Enam Industri Kulim (Kulim dan Baling) dengan 42 kes.
  • Kluster Tapak Bina Persiaran Tecoma 2 (Kepong) dengan 94 kes.
  • Kluster Industri Gebeng 3/2 (Kuantan) dengan 49 kes.
  • Kluster Kampung Kenanga Labok (Machang) dengan 17 kes.
  • Kluster Jerek Baru (Gua Musang) dengan 15 kes.
  • Kluster Kampung Lata Rek (Kuala Krai) dengan 10 kes.
  • Kluster Kampung Jeram Pasir Puteh (Pasir Puteh) dengan sembilan kes.
  • Kluster Kampung Bendang Ikan (Pasir Mas) dengan lapan kes.
  • Kluster Papulut Kenering (Hulu Perak) dengan 28 kes.
  • Kluster Jalan Nakhoda Manjung (Manjung) dengan 17 kes.
  • Kluster Perhentian (Besut) dengan 75 kes.
  • Kluster Kampung Limbong (Dungun) dengan 52 kes.
  • Kluster Jalan Rejab (Kota Tinggi) dengan lima kes.
  • Kluster Kampung Jeram (Seremban) dengan 13 kes.
  • Kluster Opar (Bau) dengan 66 kes.
  • Kluster Lorong Enam Sekinchan (Sabak Bernam) dengan 10 kes.
  • Kluster Jalan Kampung Tengah Muar (Muar) dengan 31 kes.
  • Kluster Jalan Mutiara Emas Utama (Johor Bahru dan Muar) dengan 11 kes.
  • Kluster Jalan Assam Kumbang (Larut, Matang dan Selama) dengan enam kes.
  • Kluster Jalan Hospital Sri Aman (Sri Aman) dengan 22 kes.
  • Kluster Jalan Sepang 2 (Sepang) dengan lapan kes.
  • Kluster Pagar Jalan Bakau Condong (Batu Pahat) dengan 17 kes.

Hisham berkata, sebanyak 4,548 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,458 daripadanya kluster aktif dan 3,090 kluster lagi sudah tamat.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.