PKPD di 7 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang

PKPD di 7 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang

PKPD itu akan dilaksanakan mulai 1 hingga 14 Sept ini.

PETALING JAYA:
Tujuh lagi lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mulai 1 hingga 14 Sept ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata, ia membabitkan tiga lokaliti di Kelantan dan masing-masing dua di Sabah serta Pahang.

Pelaksanaan PKPD bermula 1 hingga 14 Sept seperti berikut:

Sabah

  • Kampung Lotong di Kota Marudu.
  • Kampung Penangah di Tongod.

Kelantan

  • Kampung Lata Tual, Kampung Tok Uban dan Kampung Kubang Kerian di Lara Rek, Mukim Olak Jeram, Kuala Krai.

Pahang

  • Kampung Batu Papan dan Kampung Batu Papan Tengah di Bera.

Lanjutan PKPD dari 1 hingga 14 Sept:

Pahang

  • Kampung Temalian di Mukim Ulu Dong, Raub.

Sabah

  • Kampung Hidayat di Batu 4, Tawau.

Penamatan PKPD pada 31 Ogos:

Pahang

  • Kampung Luit di Maran.

Sabah

  • Kampung Mentadak Baru di Pulau Sebatik, Kampung Sri Aman di Batu 3 1/2 Jalan Apas, Taman Semarak Jaya, Lorong Damai serta Lorong Haji Marzuki di Jalan Damai, Tawau.
  • Kampung Kuala Abai di Kota Belud.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.