
Adakah anda pernah berimpi untuk mendiami sebuah kediaman luas yang sekurang-kurangya mempunyai empat buah bilik? Atau tinggal berdekatan stesen LRT untuk mengelak daripada kesesakan trafik setiap hari, atau membayar caj tempat letak kereta yang mahal?
Terdapat berita baik untuk anda kerana kediaman yang diimpikan itu kini berada di pasaran!
Terletak hanya kira-kira 6.5km dari Kuala Lumpur, anda boleh memiliki Sunway Artessa, sebuah kondominum yang luas, praktikal dan berdekatan dengan stesen LRT yang mempunyai kemudahan laluan pejalan kaki berbumbung.
Sekarang adalah masa yang tepat untuk memilikinya, dan inilah antara sebab-sebabnya.
1. Lokasi strategik
Walaupun nilai pasaran hartanah tidak menentu, namun jika dilihat dalam jangka masa yang panjang, nilai hartanah akan sentiasa meningkat.
Tidak perlu disangka lagi bahawa pasaran hartanah merupakan pilihan pelaburan yang terbaik dan menguntungkan sekiranya anda membeli hartanah di kawasan yang tepat dengan status hak pegangan kekal.
Kondominium yang diberi nama Sunway Artessa ini mempunyai 468 unit terhad dan terletak di lokasi strategik Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ianya dibangunkan oleh Master Community Developer Sunway Property di kawasan berkepadatan rendah selain berstatus pegangan kekal.

Selain lokasinya yang strategik, kondominium ini mempunyai akses ke pelbagai kemudahan di sekitarnya – yang tidak lama akan mendorong lonjakan nilai hartanah di kawasan ini – seperti yang berikut:
- Terletak 500m dari Stesen LRT Sri Rampai (laluan pejalan kaki berbumbung)
- Terletak hanya 3km dari pusat beli-belah dan pusat perdagangan terdekat (seperti Wangsa Walk Aeon Big Wangsa Maju, Melawati Mall, dan Aeon Alpha Angle Mall)
- Hanya enam stesen LRT ke KLCC (6.5km dari kediaman)
- Terletak 3km dari Columbia Asia Hospital
- Terletak 5km dari Sri Utama International School, Fairview International School, dan Tunku Abdul Rahman University College
- Akses mudah ke lebuhraya utama iaitu Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (dijangka siap 2022).
- Meskipun situasi ekonomi sekarang mencabar, tetapi pemilikan rumah di lokasi yang strategik adalah suatu pelaburan yang bijak untuk masa hadapan memandangkan ekuiti yang lama-kelamaan akan menokok nilainya.

2. Pasaran semasa memihak kepada pembeli
Bilangan pembeli yang layak di pasaran telah berkurangan dengan ketaranya. Untuk merangsang pergerakan jual beli dalam industri hartanah, pelbagai faedah yang akan menguntungkan pembeli telah ditawarkan.
Sebagai contoh, kerajaan menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020-2021, dengan menawarkan duti setem percuma ke atas perjanjian pinjaman dan memorandum pindah milik. Semua faedah ini menjimatkan wang pembeli sehingga berpuluhan ribu ringgit.
3. Keselamatan dan kemudahan eksklusif
Sunway Artessa dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan gaya hidup masa kini.
Kondominium ini diawasi 24 jam untuk menjamin keselamatan anda sekeluarga. Selain itu, terdapat pelbagai fasiliti yang memenuhi gaya hidup masa kini, antaranya taman air mini, kawasan BBQ, kolam renang sepanjang kolam renang Olimpik, taman permainan untuk kanak-kanak kecil, gelanggang bola keranjang dan badminton, pintu masuk dan laluan yang mudah untuk menurunkan tetamu.
Sama ada tinggal bersendirian atau bersama keluarga, segala kemudahan ini boleh dinikmati tanpa bimbang tentang keselamatan anda sekeluarga.

4. Reka bentuk dan susun atur praktikal
Sunway Artessa merupakan kondominium lestari dengan reka bentuk yang praktikal dan ia juga berjaya meraih GreenRE Gold Certification (Provisional) dalam kategori Bangunan Kediaman dan Rumah Bertanah.
Reka bentuknya yang luas adalah sesuai untuk keluarga yang gemar meluangkan masa bersama di rumah.
Ia mempunyai susun atur yang praktikal, berkeluasan 1,109 kaki persegi – 1,303 kaki persegi. Semua bilik tidur menghadap ke arah luar dengan pemandangan yang cukup indah, pengudaraan yang baik, dan pencahayaan semula jadi.
Sunway Artessa juga berorientasikan Utara-Selatan, bagi menghindar terik mentari menembusi kediaman anda.
Kediaman ini juga mempunyai ruangan dapur basah dan kering, yang ideal untuk anda sekeluarga masak bersama-sama.
Bukan itu sahaja, setiap aras mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang menghubungkan terus ke laluan utama sekaligus memendekkan jarak antara unit anda dan tempat letak kereta.

Kejayaan Sunway Property dalam membangunkan Sunway Artessa ini berdasarkan enam tiang kelestarian iaitu kecekapan penggunaan tenaga, kecekapan penggunaan air, pelepasan karbon, perlindungan alam sekitar, kualiti persekitaran dalam bangunan, dan ciri-ciri mesra alam lain, sekaligus dapat menjadikan ianya kondominium komoditi yang terlaris dalam dunia hartanah pada hari ini.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki kediaman yang mempunyai banyak kelebihan dari segi kemudahan yang ditawarkan pada kos selenggara yang lebih rendah.
5. Aman di rumah
Pembelian hartanah pada waktu ini akan mengubah status anda dari penyewa ke pemilik.
Anda tidak perlu lagi runsing memikirkan kenaikan sewa rumah atau ditamatkan kontrak sewaan oleh tuan rumah.
Tambahan pula, kos tanah, bahan binaan, dan pemilikan rumah akan meningkat hari demi hari seperti yang berlaku di Singapura, Hong Kong, Taiwan, dan Jepun.
Dengan kadar inflasi yang rendah, inilah masa yang sesuai untuk membuat pelaburan dengan membeli hartanah. Untuk mencari hartanah yang terbaik di pasaran sekarang, apa kata anda perhatikan harga Sunway Artessa yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan pilih unit kegemaran anda.
Sekiranya berminat, sila daftar sekarang di bit.ly/2VkzqIG.