
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 22 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataan, beliau berkata 11 daripadanya adalah kluster tempat kerja, lapan daripadanya jangkitan komuniti, dua daripada golongan berisiko tinggi dan satu dari pusat tahanan.
Kluster dikesan di Kelantan, Sabah, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan Kedah.

Perincian 22 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:
- Kluster Paku Minyak Beku (Batu Pahat) dengan 15 kes
- Kluster Industri Parit Ju (Batu Pahat) dengan 11 kes
- Kluster Jalan Tanjung Laboh (Batu Pahat) dengan 11 kes
- Kluster Jalan Sawit Baru Enam (Kulai) dengan sembilan kes
- Kluster Kawasan Perindustrian 11 (Kota Bharu, Bachok dan Pasir Mas) dengan 14 kes
- Kluster Jalan Pasar Pengkalan Chepa (Kota Bharu) dengan 70 kes
- Kluster Ladang Renjok (Bentong) dengan 56 kes
- Kluster Ladang Sri Telang (Lipis) dengan 35 kes
- Kluster Industri Dua Batu 16 Setengah Rawang (Gombak) dengan 56 kes
- Kluster Industri Meranti Jaya 10 (Sepang) dengan 13 kes
- Kluster Sawit Jeroco (Lahad Datu) dengan 55 kes
- Kluster Kampung Nipah (Bachok) dengan 14 kes
- Kluster Beris Panchor (Bachok) dengan 11 kes
- Kluster Kampung Chandang (Pasir Mas) dengan tujuh kes
- Kluster Kampung Kubang Gendang Chetok (Pasir Mas) dengan lima kes
- Kluster Kampung Sungai Sia (Raub) dengan sembilan kes
- Kluster Nasakot (Ranau) dengan 31 kes
- Kluster Kampung Pecah Rotan (Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dengan 95 kes
- Kluster Kampung Nelayan Benut (Pontian) dengan 25 kes
- Kluster Jalan USJ 1/3B (Petaling) dengan 16 kes
- Kluster Dah Gajah Mati (Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Kulim, dan Bandar Baharu) dengan 29 kes
- Kluster DTI Sepang 3 (Sepang) dengan 185 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 4,731 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,475 daripadanya kluster aktif dan 3,256 kluster lagi sudah tamat.