16 kluster baharu Covid-19, kebanyakannya berkait tempat kerja

16 kluster baharu Covid-19, kebanyakannya berkait tempat kerja

Kluster lain berkaitan dengan komuniti dan sebuah institusi pendidikan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 16 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata 12 daripada adalah kluster tempat kerja, tiga komuniti manakala satu berkaitan institusi pendidikan.

Perincian 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Industri Jalan Kampung Taib 2 (Hulu Selangor) dengan 17 kes
  • Kluster Tapak Bina Baiduri Jaya (Hulu Langat) dengan 72 kes
  • Kluster Industri Jalan Tiga Olak Lempit (Kuala Langat) dengan 27 kes
  • Kluster Industri Riang 21(Johor Bahru) dengan 29 kes
  • Kluster Jalan Sekakap (Mersing) dengan 39 kes
  • Kluster Jalan Baling Pengkalan (Hulu Perak) dengan 12 kes
  • Kluster Sri Banding (Hulu Perak) dengan 84 kes
  • Kluster Jalan Jinjang 2 (Kepong) dengan 15 kes
  • Kluster Industri Palong 17 (Jempol) dengan 26 kes
  • Kluster Industri Gebeng 1/11 (Kuantan dan Kemaman) dengan 27 kes
  • Kluster Jalan Besar Rantau Panjang (Pasir Mas) dengan lapan kes
  • Kluster Jalan Semawang (Sandakan) dengan 116 kes
  • Kluster Kampung Gebeng (Machang dan Pasir Mas) dengan tujuh kes
  • Kluster Kampung Rahmat Hilir (Pasir Mas) dengan 10 kes
  • Kluster Kampung Atas Tol (Kuala Terengganu) dengan 21 kes
  • Kluster Kampung Pasir Akar (Besut) dengan 59 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 4,854 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,455 daripadanya kluster aktif dan 3,399 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.