
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN), Acryl Sani Abdullah Sani akan terus memegang jawatan itu selama dua tahun lagi.
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dipetik Bernama sebagai berkata, Acryl Sani yang sepatutnya bersara awal bulan depan, dilantik secara kontrak selama dua tahun.
Acryl Sani dilantik sebagai KPN pada 30 April lalu menggantikan Abdul Hamid Bador.
Acryl Sani pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Bukit Aman.