15 kluster baharu Covid-19, 7 libat kerja

15 kluster baharu Covid-19, 7 libat kerja

Dr Noor Hisham berkata tiga daripadanya adalah kluster tempat kerja dan tiga lagi jangkitan komuniti.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 15 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata tujuh daripadanya adalah kluster tempat kerja, enam jangkitan komuniti, serta masing-masing satu daripada kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

Kluster dikesan di Johor, Kelantan, Perak, Penang dan Sabah.

Perincian 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Industri Jalan Mak Mandin (Seberang Perai Utara) dengan 124 kes
  • Kluster Jalan Lembah Permai Satu (Seberang Perai Tengah) dengan 19 kes
  • Kluster Kampung Dalam Rhu (Tumpat) dengan 10 kes
  • Kluster Kampung Lubok Stol Hilir (Pasir Mas) dengan lima kes
  • Kluster Kampung Endong (Pasir Mas) dengan enam kes
  • Kluster Kampung Chica (Kota Bharu) dengan 12 kes
  • Kluster Jalan Gong Batu (Bachok dan Pasir Puteh) dengan 17 kes
  • Kluster Jalan Tengku Petra Semerak (Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok) dengan 19 kes
  • Kluster Jalan KK 8/1 Kubang Kerian (Kota Bharu dan Bachok) dengan sembilan kes
  • Kluster Jalan Kemakmuran (Kota Tinggi) dengan 15 kes
  • Kluster Kampung Baru Kluang (Kluang) dengan 13 kes
  • Kluster Taman Perindustrian Tungzen (Kinta) dengan 67 kes
  • Kluster Jalan Laksamana Lumut (Manjung) dengan 25 kes
  • Kluster Sandau Sawit (Kinabatangan) dengan 28 kes
  • Kluster Sungai Tabulion (Kinabatangan) dengan 63 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 5,522 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 989 daripadanya kluster aktif dan 4,533 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.