13 kluster baharu Covid-19, 8 libat kerja

13 kluster baharu Covid-19, 8 libat kerja

Tiga lagi daripada jangkitan komuniti manakala dua melibatkan institusi pendidikan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 13 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata lapan daripadanya adalah kluster tempat kerja, tiga lagi daripada jangkitan komuniti dan dua daripada institusi pendidikan.

Kluster dikesan di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor

Perincian kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Kampung Bukit Bunga (Tanah Merah dan Pasir Mas) dengan 15 kes
  • Kluster Permatang Nibong Tebal (Seberang Perai Selatan) dengan 38 kes
  • Kluster Lubok Tapah (Pasir Mas) dengan 10 kes
  • Kluster Dah Taman Ihsan (Kulim, Kuala Muda dan Baling) dengan 33 kes
  • Kluster Paya Sendayan (Temerloh) dengan 17 kes
  • Kluster Jalan Banggol Setol (Pasir Mas) dengan lapan kes
  • Kluster Industri Jalan Senawang Tiga 2 (Seremban dan Rembau) dengan 37 kes
  • Kluster Kampung Pantos (Lipis) dengan 17 kes
  • Kluster Industri PLO Parit Raja (Batu Pahat) dengan 20 kes.
  • Kluster jalan Yahya Kota Tinggi (Kota Tinggi) dengan lapan kes.
  • Kluster Industri Tun Abdul Majid (Kota Tinggi) dengan lapan kes
  • Kluster Industri Jalan Enggang Batu 9 (Kuala Langat) dengan 19 kes
  • Kluster Jalan Terus (Mersing) dengan 13 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 5,560 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 911 daripadanya kluster aktif dan 649 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.