
Pergerakan politik parti baharu itu berteraskan perjuangan golongan B40, M40, rakyat marhaen, alam sekitar, keadilan sosial dan hak asasi manusia.
Presiden Penajanya Kamarazaman Yaakob, yang juga abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri, berkata parti yang diketuainya melibatkan pelbagai kaum termasuk Sabah dan Sarawak.
Katanya, parti pimpinannya itu akan memperjuangkan pelajaran percuma, kesihatan percuma, rumah percuma, peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan B40 dan M40.
Kamarazaman berkata, parti itu juga akan menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan digantikan dengan biasiswa membabitkan golongan B40 dan M40.
“Parti Kuasa Rakyat juga akan memberi kuasa autonomi kepada ahli di Sabah dan Sarawak.
“Mereka bukan hanya diberi kebebasan memilih kepimpinan peringkat negeri, juga memilih wakil di dalam jawatankuasa pusat bagi memenuhi kuota yang bermula dari jawatan timbalan presiden, naib presiden “ katanya ketika ucapan pelancaran parti itu hari ini.
Lebih 50 penyokong hadir ketika majlis pelancaran parti baharu itu petang ini.
Berikut adalah barisan penaja Parti Kuasa Rakyat;
Presiden
- Kamaruzaman Yaakob
Jawatankuasa penaja
- Nik Abdul Aziz Nik Hassan
- Gabriel Walter
- Gobalakrishnan Nagapan
- Mohamad Nasir Saludin
- Hamzah Jaaffar
- Anas Yusof Sulaiman
- Sahandri Gani Hamzah
- Helmi Ibrahim
- Razali Abd Razak
- Suharmili Rosle
- Ching Eu Boon